Bukti kebenaran ajaran islam itu sendiri
Melihat kepada kedudukan dan keistimewaan al-Quran itu dan peranannya di dalam kehidupan, maka ia sudah semestinya ia wajib dijadikan sebagai panduan, rujukan, ikutan dan amalan di dalam semua lapangan kehidupan. Nabi Muhammad SAW menerangkan bahawa hidup akan teguh (istiqamah) jika berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Sabda Nabi SAW yang maksudnya: “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu yang jika kamu sesat selepasku selama-lamanya (iaitu) Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Al Quran seperti disebutkan adalah lengkap dari segi aqidah, ibadat dan akhlak, undang-undang, ekonomi dan politik. Perlu diketahui bahawa al-Quran adalah sumber maklumat bagi menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi di dalam perkara-perkara yang berhubungkait urusan manusia di dalam kehidupan mereka di dunia dan juga di akhirat, dari peringkat yang sekecil-kecilnya hinggalah ke peringkat yang sebesar-besarnya.
Fakta yang terdapat dalam Al Quran seperti kehebatan kejadian alam ini seperti fakta sains, penerangan tentang kejadian manusia dan perubatan, kisah sejarah masa lampau dan maklumat tentang masa depan sewajibnya menjadi kepercayaan dan kekuatan seorang muslim yang beriman. Perkara ini menjadi bukti kepada kebenaran bahawasanya Islam adalah agama yang benar dan menegakkan kebenaran yang mana semua fakta ini telah diturunkan sejak 1400 tahun yang lalu dan semuanya dapat diketahui pada masa kini.
Pembeza antara yang benar dan salah.
Orang yang mengamalkan al-Quran, akan terbeza akhlaknya dari yang tidak beriman. Sikap atau peribadi seseorang muslim yang mengamalkan islam akan dapat dilihat dengan perbuatan yang positif berbanding mereka yang meninggalkannya. Suami akan menjalankan tanggungjawabnya dan begitu juga isteri akan mentaati suaminya. Ibu bapa juga akan menunaikan amanah mengasuh dan mendidik akhlak anak. Begitulah jika Al-Quran itu dipatuhi ajarannnya. Ibu-bapalah yang harus menjadi contoh kepada anak-anak, begitu juga guru-guru menjadi panduan kepada anak murid atau pelajar mereka dengan mengamalkan alkhlaq Al-Quran yang beretika seperti yang dipandu Al-Quran.
Kesimpulannya Al-Quran mempunyai banyak rahsia yang perlu dirungkai dan hikmah yang tinggi, ia diturunkan kepada munusia untuk menjadikan arah tuju hidup manusia itu Berjaya dunia dan akhirat. Insha Allah hanya dengan mengamalkan quran kita akan nampak kebenaran islam itu dan akan terbeza kehidupan kita dari yang tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan